
PENGIKTIRAFAN DAN PERJALANAN

Menuju Perubahan Yang Bermakna.
Langkah Demi Langkah
Dari sebuah idea kecil, kepada gerakan besar yang membawa perubahan sebenar.

Pendaftaran Rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Kitchen4U kini telah berdaftar secara sah sebagai entiti perniagaan di bawah SSM, membuktikan komitmen pasukan dalam membina asas kukuh sebagai sebuah perusahaan sosial. Pendaftaran ini bukan sekadar proses formaliti, tetapi satu langkah penting bagi menjadikan Kitchen4U lebih profesional, dipercayai dan bersedia untuk beroperasi secara lestari di peringkat nasional.

Pengiktirafan Sebagai Social Enterprise oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Kitchen4U turut menerima pengiktirafan rasmi sebagai Perusahaan Sosial (Social Enterprise) oleh KUSKOP, menjadikan kami salah satu entiti diiktiraf yang beroperasi bukan hanya untuk keuntungan, tetapi untuk memperkasakan komuniti. Pengiktirafan ini mengesahkan bahawa misi dan impak sosial Kitchen4U selari dengan hala tuju negara dalam pembangunan ekonomi inklusif.
Permohonan Pensijilan Halal & Pengesahan Dapur Homebased
Sebagai langkah untuk memastikan setiap produk lebih diyakini pengguna Muslim, Kitchen4U telah memulakan proses permohonan Pensijilan Halal serta pengesahan status dapur Home Based Food yang mematuhi syarat-syarat keselamatan makanan dan kebersihan. Langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menawarkan produk yang bersih, selamat dan diyakini oleh semua lapisan masyarakat.
Pelantikan Rasmi Chef Ustazah sebagai Mentor Industri
Dengan penuh rasa bangga, Kitchen4U telah melantik Chef Ustazah, seorang pakar dalam industri pemprosesan makanan halal dan pemakanan komuniti, sebagai mentor industri rasmi. Kehadiran beliau sebagai pembimbing telah memberi impak besar dalam aspek kawalan kualiti makanan, penambahbaikan resepi, pematuhan halal, serta strategi penghasilan produk yang mesra pengguna dan tahan lama.


Kolaborasi Strategik Bersama PETRONAS Bukit Tinggi, Johor & i-Reach Malaysia
Dalam usaha memperluaskan impak sosial dan akses produk kepada komuniti yang lebih luas, Kitchen4U telah menjalinkan kolaborasi strategik bersama PETRONAS Bukit Tinggi, Johor dan i-Reach Malaysia. Melalui kerjasama ini, Kitchen4U dilantik sebagai pembekal rasmi produk Ready-to-Eat (RTE) kepada PETRONAS Bukit Tinggi, di mana produk kami akan dipasarkan dan dijual melalui saluran mereka.

Lebih istimewa, logo SRI Getam Guri dan i-Reach Malaysia turut akan dipaparkan pada pembungkusan produk sebagai simbol kerjasama bersepadu antara pihak industri, NGO dan usahawan sosial. Inisiatif ini bukan sahaja membantu dalam memperluaskan pasaran Kitchen4U, tetapi juga menjadi bukti sokongan industri terhadap perusahaan sosial yang memberi manfaat kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan individu OKU.
Anugerah Johan Kategori E: Anugerah Projek Keusahawanan Sosial Terbaik (UMKEA 2024)
Satu lagi pencapaian membanggakan apabila Kitchen4U dinobatkan sebagai Johan Kategori E – Anugerah Projek Keusahawanan Sosial Terbaik dalam pertandingan UMKEA 2024 (Universiti Malaysia Kelantan Entrepreneurship Award). Anugerah ini menjadi bukti kepada dedikasi, inovasi, dan impak positif Kitchen4U dalam memperkasakan komuniti asnaf, ibu tunggal dan OKU melalui makanan.




